Tesis :)
Tuesday, January 26, 2016
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Syukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, yang telah memberikan saya kesihatan yang baik, kesabaran yang tinggi dan semangat juang yang berterusan untuk saya menyiapkan kertas ilmiah ini.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada En Mohd Dzul Azzwan Bin Mohd Nor selaku penyelia utama saya yang dibantu oleh Encik Mohd Hafizuddin Syah Bangaan Abdullah. Terima kasih diucapkan atas segala ilmu, bimbingan, teguran dan nasihat yang begitu berguna sepanjang menyiapkan kajian ini. Tanpa semua itu, penulisan kertas ilmiah ini mungkin tidak dapat disempurnakan dengan jayanya. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada Dr Rubayah Binti Yakob yang telah mengajar saya kursus penyelidikan perniagaan sebelum saya memulakan penulisan
Tunang: Cari Cincin Tunang & Risik!
Sunday, January 17, 2016
Part ni nak citer pasal beli cincin.
Sebelum cakap dengan mak pasal tunang ni, aku dah buat budget dulu dah berapa kos nak kena keluar.
So untuk cincin tunang, aku letak budget RM350 je.
Murah okay aku mintak. taknak mahal2.
Tapi si faizul ni pulak tu hari dia dok cakap cari cincin tunang yang ada batu, range harga RM500-600.
Lepas tu cincin risik cari yang 1-2gram.
Cincin risik? weyyyy aku tak mintak cincin risik weyy.
Mak! Saya nak tunang :)
Sunday, January 10, 2016
Sejak kebelakangan ni, Faizul macam ada sense nak bincang pasal next step ni.
Yela memandangkan aku pun dah nak habis belajar, sebab awal-awal dulu dia selalu cakap 'tunggu habis belajar dulu'.
Berbaloi la gak 3 tahun aku tunggu.
hahaha
Masa minggu study week tu hari aku ada balik dalam 4 hari.
Sebab hari khamis (24hb Dis) tu cuti maulud kan.
Lagipun aku pikir bila lagi dapat balik sebab lepas exam aku terus start intern.
Hmmmm syok betui tengok kengkawan cuti berjoli joli. hahaha
Masa balik umah mak tu, hari jumaat tu (25hb) aku bawak mak pergi tiram, pergi uma makcik, ada majlis kahwin.
Balik tu, malam tu borak-borak dengan mak. Mase tu pakcik belum balik lagi.
