Dulu masa kecik-kecik sampai lah menengah, aku tak pernah terpikir nak pakai braces. Sebab masa tu aku dok pikir mainn jeee. Pasal penampilan aku tak amik kisah hahahah. Nak ikutkan masa zaman sekolah dulu ade je orang dok ejek-ejek pasal gigi. Tapi yelah. Masa tu pun budak-budak lagi, orang ejek pun lama-lama dah tak kisah.
Tapi sejak masuk Universiti, aku dikelilingi orang-orang pakai braces ni. Dan masa ni aku baru ada kesedaran nak ratakan gigi yang arnab ni hahaha..
Tapi since masa tu belajar lagi, aku pendam jee impian nak pakai tu. Pernah cakap dengan mak, tapi mak cakap kalau nak pakai, tunggu kerja dulu. Then pakai la duit sendiri. Berhuhuhu laaa aku..
So now alhamdulillah dah kerja, dah pegang duit sendiri (blinkk blinkkk mata).
Masa awal-awal kerja, tak rasa lagi nak pakai. Tapi kekadang selalu jugak tanya En Tunang. Dia siap cakap boleh share duit dengan dia time nak bayar deposit tu. Aku macam waaaww waaaww waawww. Hahaha. Tapi end up aku cakap aku takut sebab bila dengar cerita kena cabut 4 batang gigi laaa, sakit time nak tido laaa. Tapi xlama lepas tu aku tanya balik En Tunang sama ada nak pakai ke tak. End up aku macam tak jadi sebab takut balik huhuhu. Benda ni berulang 4 5 kali laa jugak sampai la akhirnya buat keputusan betul-betul nak pakai.
So macam biasalah, sebelum pergi klinik tu aku survey-survey dulu dekat blog-blog orang kat mana yang okay area Kajang ni.
So hasil yang aku jumpa, banyak.
Ada yang suggest Klinik Suria Prima. Ada yang suggest Klinik Aina. Ada yang suggest Dr Smile.
Lepas aku dah survey feedback orang dekat macam-macam klinik, aku decide untuk amik Klinik Surgeri Aina. Sebab apa? Sebab dalam banyak-banyak klinik, ni paling murah aku jumpa. And feedback pun so far okay.
So lepas tu aku terus call Klinik Aina confirmkan betulkan Kadar untuk Braces sekian sekian. Dia cakap betul. So nak tau berapa?
Untuk Pemasangan Braces = RM 3,800.00.
Jika kena cabut gigi, Sebatang = RM 50.
Ini tidak termasuk Scalling. Scalling dalam lingkungan RM 70 - RM 120 depend on gigi. Yang scalling ni aku tak berapa ingat harga dia. Lebih kureng laaaa. Aku mase tu kena RM 70 sahaja.
Deposit untuk braces RM 1200 - RM 1500
So lepas tu aku terus set appointment untuk Doktor check keadaan gigi aku. Kalau tak silap appointment aku 1 Februari 2017. Sebab time ni cuti wilayah. Aku dapat la cuti sebab office kat Wilayah. Klinik ni kat Kajang. So dia bukak laa. So nak tau apa berlaku 1 Februari 2017?
Tunggu next post pasal Braces okay!

No comments:
Post a Comment