Wedding: Proses Permohonan Nikah (Johor)

Wednesday, September 13, 2017

Kat sini aku nak share macam mana proses aku untuk memohon permohonan nikah di negeri aku, Johor.
Dan pasangan aku pun orang Johor. So senang sikit.

Kalau nak mohon, rujuk pejabat agama negeri masing-masing.
Basically, step dia lebih kurang sama.
Cumanya mungkin ada yang ada borang tambahan, mungkin ada dua sistem kena login ke mcm mana ke kan.

So kalau tak pasti, call je pejabat agama tanya,.
Dalam kursus kahwin pun dah diterangkan proses permohonan nikah ni.

Step 1: 

Of course lah amik kursus kahwin ye dak? Sebab Sijil Kursus Kahwin nak kena lampirkan sama masa pergi interview. Negeri Johor ada interview. Negeri lain tak pasti.

Untuk kursus kahwin ni, aku dah amik dua kali dah sebenarnya.
Satu masa belajar kat UKM, dengan bayaran RM 50.

Kedua aku amik sebab teman Faizul lah. Masa belajar dulu takmo amik siap2. Ishh.
Nasib baik murah je yuran. RM 80. Kat mana? Kat Bangi sajohh. 
Biasanya yuran Kursus Kahwin RM 120.
Tapi tatau la nape kat Bangi RM 80.

Murah kan. So grab sajohhhh.

Kursus kahwin setakat ni masih berjalan selama 2 hari.

Sijil kursus kahwin takdak expired ya as long as belum digunakan.


Step 2: 

2.1 Daftar akaun e-NCR.

Actually boleh je nk daftar e-NCR kalau belum amik kursus kahwin. 
Sebab masa daftar tu takdak pun dia mintak suh lampirkan sijil.
 Sijil tu kena bawak masa interview nanti je untuk semakan

TAPI, make sure sebelum daftar akaun, pastikan:

a) majlis anda akan berlangsung dalam masa 90 hari. 
Kalau lagi 100 hari, toksah. Dia kena 90 hari baru boleh daftar. 
Sebab permohonan nikah tu valid dalam masa 90 hari je..

b) Sekiranya bakal pasangan bukan orang Johor, pastikan dalam tempoh 90 hari, dia dah selesaikan permohonan nikah dia. 
Sebab bakal pengantin lelaki kena serahkan borang kebenaran nikah luar daerah kepada pengantin perempuan.
Then pengantin perempuan kena bawa borang tu ke pejabat agama masa nak interview.

Thats why pengantin perempuan kena tunggu dulu dari pihak lelaki..



Untuk Daftar e-NCR bagi negeri Johor, klik link ni:


Kalau belum ada akaun, register dulu. Klik dekat no 2 tu.
Kalau dah ada akaun, boleh terus login.

2.2 Lepas dah login, kemaskini maklumat peribadi & maklumat wali dekat Tab Profil ( Kiri Atas)



2.3 Isi Permohonan Kebenaran Nikah

Lepas dah kemaskini maklumat, isi permohonan nikah dekat tab "Nikah"


Klik Pada "Permohonan Baru"

Pilih Pejabat Kadi anda 


Sila check kawasan anda dibawah pejabat kadi yang mana ye.

Kalau macam saya, Felda Sungai Sibol, Bandar Tenggara akan dirujuk dibawah Pejabat Agama Kota Tinggi.

Kalau Pekan, Bandar Tenggara, akan dirujuk dibawah Pejabat Agama Kluang.

 Maklumat di Tab Pemohon akan dijana automatik oleh sistem.

So pergi ke Tab Pasangan


Isi maklumat pasangan korang. Jika pasangan korang orang Johor, just masukkan dia punya No Pendaftaran eNCR, sistem akan generate data pasangan

Kalau tak, kena isi manually.

Next, pergi Tab Perkahwinan


Dekat sini, korang kena isi cadangan tarikh nikah & alamat tempat nikah.

Kalau tarikh & alamat nikah tak confirm lagi, xpe isi je.
Nanti masa interview, pegawai akan confirmkan balik. 

Macam aku salah tulis alamat. Then aku bagitau je pejabat alamat yang betul, nanti dia update dalam sistem.

Next. Tab Senarai Semak Wali

Senarai semak wali akan auto generate based on apa korang isi masa dkat profil.

Next, Tab Wakalah Wali

Wakalah wali kena isi, incase:

- Wali nasab korang tak dapat datang/ taknak datang.
- Wali nasab xnak jadi wali.

Wali Nasab ni Wali yang korang isi kan maklumat wali tu.

Lepas tu, semak semua maklumat yang korang isi.
kalau betul. boleh tekan "Hantar Permohonan"


Bila dah hantar permohonan, barulah Tab Dokumen akan keluar.
Dekat Tab ni, akan ada list dokumen apa yang korang nak kena cetak.


Cetak semua dokumen yang berkaitan ya.

Step 3:

Buat Ujian HIV di klinik kesihatan yang berdekatan


Bawak borang no 3 tu ke klinik.

Sebelum tu, make sure call dulu klinik tanya Hari apa & pukul berapa boleh buat ujian HIV untuk pengantin.

Kalau macam klinik yang aku tahu,

Klinik Kesihatan Bandar Tenggara
Hari Isnin - Rabu
Jam 2.00 petang - 4.00 petang

Klinik Kesihatan Felda Ulu Belitong
Hari Selasa & Khamis
Jam 8.00 pagi - 10.00 pagi

So better check dulu dengan klinik kawasan masing2.

Step 4:

Siapkan semua dokumen dalam senarai semak dokumen pelanggan

Masa tu aku call pejabat agama dokumen dari no berapa aku kena sediakan

So aku kena sediakan dari no 1 - 11.

Depend on status korang masa kahwin lah.


Dokumen:

1. Slip Permohonan Online (Asal & Salinan)
2. Kad Pengenalan (Asal & Salinan)
3. Borang Pengesahan Saksi Permohonan Kebenaran Nikah (Asal & Salinan)



Yang hat ni biasa panggil saksi borang/ saksi nikah.Saksi untuk borang ni boleh siapa2 je kecuali adik beradik. Adik beradik tidak dibernarkan menjasi saksi borang.Saksi ni tak perlu ada masa majlis nikaj nt pun xpe. Yang saksi masa majlis tu saksi akad,Tapi kalau nk guna saksi yang sama pun xde masalah.
Untuk borang ni, aku suh officemate aku sign pastu mintak copy ic diorang. hehe.


4. 2 Salinan Kad Pengenalan Saksi Permohonan Kebenaran Nikah (Saksi Borang No 3)

5. 2 Salinan Kad Pengenalan Wali
6. Surat Akuan Status Diri
Atau kita panggil surat akuan bujang.
Untuk surat akuan bujang. Sila call pejabat agama anda untuk confirmkan surat dari pihak mana yang diorang terima. Walaupun dalam Senarai semak ada mengatakan "dari ketua kampung/penghulu/penguhu kanan/ketua penguhlu/pengurus felda/ majikan beragama islam"
Macam aku, Aku dapatkan surat dari Majikan sebab Majikan beragama islam. Pejabat Agama Kota Tinggi ok je. Terima je.
Macam kes tunang aku plak, dia under pejabat Agama Kluang.
Pejabat Agama Kluang tak terima Surat Akuan Bujang Dari Pejabat Felda & Majikan.
Kena dapatkan daripada Ketua Kampung / Pejabat Daerah Kluang.
So makesure korang confirm kan dengan pejabat agama masing2. takut nt dah singkat masa, surat tu tak terima surat ni tak terima.
7. Pengesahan Bermastautin.

Sekiranya alamat nikah berlainan dengan alamat dalam IC
8. Sijil Kursus Pra Perkahwinan (Asal & Salinan)
9. Laporan Kesihatan HIV
10. Sijil Nikah Ibu Bapa (Jika Anak Perempuan / Wali Selain Bapa)

Yang No 10 ni, Parents aku dah bercerai, So pejabat agama suruh lampirkan surat serai parent je.
Then Wali selain Bapa kan. So  make sure Senarai Semak Wali tu Wali korang dah sign ye.
Macam aku, terlupa langsung pasal ni. Nasib baik pengawai tu ok je, proceed je permohonan aku.

11. Sijil Kematian Ibu Bapa (Jika Wali Selain Bapa)

Step 5:

Bila dah prepare semua dokumen, p kedai buat 2 salinan. Termasuk Senarai Semak Dokumen ya.
Haaa jangan lupa bawak sekali borang kebenaran nikah luar daerah dari pihak lelaki in case psangan korang bukan pejabat agama yang sama (Lain Daerah/ Lain Negeri).
Kalau pasangan korang pejabat daearh yang sama, pergi je sekali. 

Step 6:

Pergi Pejabat Agama untuk Submit dokumen & interview

Nanti kena bayar RM 20++ xsilap aku.

Masa submit borang kat kaunter, kalau korang ada nk betulkan pape, bagitau je kat kaunter.
Then kaunter akan semak semua dokumen dan buat pengesahan.

kalau dah ok, Akan dipanggil interview lepas tu.

Interview Session:

Ada 5 Soalan Semua Sekali.
Tengok pegawai jugak. Ada yang tanya semua, ada yang tanya 2 3 soalan je..

Soalan 1: Mengucap 2 Kalimah Syahadah bersama maknanya
Soalan 2: Baca AlFatihah
Soalan 3: Baca Doa Qunut
Soalan 4: Rukun Nikah ada berapa. Apa dia
Soalan 5: Sebab2 mandi wajib
Soalan 6: Tanggungjawab isteri

Lepas dah setlle interview, duk balik kat luar tunggu nama panggil.

Kalau semua dokumen lengkap, dia akan bagi masa tu jugak borang pink.
Kalau tak, kornag kena datang balik utk amik borang pink.

Aku masa tu terus dapat borang pink, nama pak imam.

Dia cakap bagi semua dokumen tu kat pak imam je. tau la pak imam nanti.

Step 7:

Jumpa Pak Imam untuk bagi borang pink & set waktu nikah.
Jangan lupa tanya sekali upah pak imam berapa, saksi akad siapa pak imam nk sediakan ke pengantin yang sediakan.

Itu Sajoooo. 





Kursus Kahwin
Proses Permohonan Nikah
Hantaran
Bridal
Kad Kahwin
Khemah, Photographer, Kompang & Silat
Persiapan Nikah
Belanjawan Kahwin

No comments:

COPYRIGHT © 2013 MOOCYJANE - ALL RIGHTS RESERVED