7 minggu aku disini

Tuesday, October 22, 2013

Pagi isnin yang hujan.
Sejuk meresap ke dalam diri.
Lepas solat tadi buka2 ifolio tengok takde ape2 notif yang baru, so tergerak hati nak buat entri blog ni.
Alhamdulillah dah masuk minggu ketujuh kat UKM ni.
Cepat je masa berlalu.
Tak lame lagi nak final.
dah ready ke aku? sejujurnya aku tak ready lagi.
dan sejujurnya aku masih tak dapat hint macam mane belajar kat U ni.
Ya! Sejujurnya itulah yang aku rasa.

Dah 7 minggu aku kat sini, ada beberapa perkara baru yang aku lalui.
Life di matrik dulu tak sama di sini, di universiti.
aku tak boleh nak apply ape yang aku buat kat matrik dulu.
lagi-lagi cara pembelajaran.
Dari minggu pertama sampai sekarang, aku masih belum dapat menyesuaikan cara pembelajaran aku disini.
Masih tercari-cari. Aku harap aku dapat selelsaikan masalah aku ni secepat mungkin.
Aminnnn~

Kolej Aminuddin Baki.
Aku stay kat kolej ni lah.
Boleh dikatakan tiap2 minggu aku bz dengan aktiviti kolej.
ada aktiviti tulah aktiviti ni lah.
Memang pack giler lah.
Tapi nak buat macam mana..
Tu memang tanggungjawab kita sebagai mahasiswa/mahasiswi..

Perjalanan aku masih panjang.
Macam aku cakap tadi, aku masih dalam proses menyesuaikan diri kat sini.
Banyak benda lagi yang aku kena belajar.
Bukan aku tak dapat ape2 sepanjang 7 minggu ni, tapi masih lagi dalam proses pemantapan, proses pengukuhan..
besar harapan aku supaya tercapai apa yang aku nak.
Aminnn~

bak kata felo sukan aku, sejauh mana kita dapat belajar sesuatu, sejauh tulah apa yang kita nak sebenarnya :)

No comments:

COPYRIGHT © 2013 MOOCYJANE - ALL RIGHTS RESERVED