Letih

Wednesday, March 23, 2016

Dah lama rasanya aku tidak menulis tentang kehidupan.
Mungkin terlalu sibuk.
Atau terlalu malas.
Atau terlalu tidak ambil kisah lagi?

Entah.
Mungkin juga aku sudah tidak mahu ambil kisah lagi.
Tapi bagaimana aku tidak ambil kisah?
Sedangkan ianya sentiasa ada disekeliling aku.
Aku cuba mengelak. Payah.

Aku cuba berdiam diri. Pun Payah.
Sudahnya, aku menerima saja apa yang berlaku.

Letih? Ya. Memang letih.
Tapi apakan daya aku?
Aku terpaksa menerimanya.
Kerana aku takut, peristiwa lama berulang kembali.
Aku takut.

Memang.
Jalan hidup setiap orang berbeza.
Kau dan aku, bukan mempunyai takdir yang sama.
Tapi, jangan terlalu riak dengan apa yang kau ada.
Jangan sama sekali.

Sudah-sudah lah.
Kau tak letih ke bercerita tentang diri kau?
Aku yang mendengarnya pun letih.

Hidup ini sementara.
Apa yang kita miliki, tidak semua orang miliki.
Apa yang kita miliki, tidak semua orang suka.

Jadi.
Berhentilah.
Berhentilah mewar-warkan sesuatu yang membuatkan orang iri hati.
Sekali dua tidak mengapa.
Jika kerap kali?
Akan timbul jua perasaan menyampah, sakit hati.

Cukup lah.
Aku letih mendengarnya.
Letih.

No comments:

COPYRIGHT © 2013 MOOCYJANE - ALL RIGHTS RESERVED