Sejak berkecimpung dalam bidang baking, kat rumah ni rasa dah penuh harta karun.
Bila nak pindah nanti, aku taktahu la lori 1 tan muat ke tak hahaha.
Masa raya puasa tu hari, buat pertama kali aku open order kuih raya dekat public.
Selalunya, aku open dekat close contact je.
Berbekalkan sebiji oven 25L & 52L, aku ambil masa seminggu menyiapkan 100 balang kuih raya ðŸ˜
Dari jam 9 pagi sampai ke 12 malam. Ada la 2 3 hari aku tidur pukul 3 4 pagi. Laki aku pun bising jugaklah tidur lambat sebab dia tahu bini dia ni senang kena migrain kalau tak cukup tidur. Lepas tu aku pulak sikit-sikit mengadu kat dia, sakit pinggang nak menyiapkan bakar kuih tu haha.
Dek kerana kepenatan siapkan order kuih raya puasa, aku ambik keputusan untuk tambah gajet demi kesenangan aku dimasa akan datang. Lagi-lagi bila ada customer yang nak repeat order untuk raya haji.
So alang-alang tu, aku open la terus order untuk raya haji. Almaklum lah, dah boleh rentas negeri, mesti ramai yang nak balik kampung, bawak kuih raya kan.