Tambah gadjet, Convection Oven Orimas 1A

Saturday, August 15, 2020

Sejak berkecimpung dalam bidang baking, kat rumah ni rasa dah penuh harta karun.
Bila nak pindah nanti, aku taktahu la lori 1 tan muat ke tak hahaha.

Masa raya puasa tu hari, buat pertama kali aku open order kuih raya dekat public.
Selalunya, aku open dekat close contact je. 

Berbekalkan sebiji oven 25L & 52L, aku ambil masa seminggu menyiapkan 100 balang kuih raya 😭
Dari jam 9 pagi sampai ke 12 malam. Ada la 2 3 hari aku tidur pukul 3 4 pagi. Laki aku pun bising jugaklah tidur lambat sebab dia tahu bini dia ni senang kena migrain kalau tak cukup tidur. Lepas tu aku pulak sikit-sikit mengadu kat dia, sakit pinggang nak menyiapkan bakar kuih tu haha.

Dek kerana kepenatan siapkan order kuih raya puasa, aku ambik keputusan untuk tambah gajet demi kesenangan aku dimasa akan datang. Lagi-lagi bila ada customer yang nak repeat order untuk raya haji.


So alang-alang tu, aku open la terus order untuk raya haji. Almaklum lah, dah boleh rentas negeri, mesti ramai yang nak balik kampung, bawak kuih raya kan. 


Plan asal, aku nak beli Soner 1A secara kutu. Survey sana survey sini, dapat la paling murah, RM270x10 bulan. Ok la rasa macam cun la ni kan. Masa tu dah book nama dah. Tapi main dengan mak kutu yang ni, turn tu dia akan cabut setiap bulan, bukan ikut turn kita bagi nama. Aku ni jenis tak penyabor. Rasa macam bila aku nak dapat eh. Bila eh. Alaa stressnya pikir. Sampai laki aku pun pening. hahahah.


Masa tu pulak raya haji lagi 3 minggu tapi aku masih belum berkira-kira nak beli Soner 1A.
Order dah berderet dah ni masuk. Pikir punya pikir, survey lagi, scroll lagi, tanya group sana tanya group sini (walaupun takde orang respond).

Disebabkan rasa tak menyabor aku tu, akhir sekali aku decide untuk beli cash! TAPI bukan Soner 1A lah hahahaha mampuih mana aku nak cari RM2700 cash. So sebagai alternate dia, aku amik brand ORIMAS 1A. Actually, ada 2 3 brand lain yang fungi sama. Ramai baker pakai brand INNOFOOD. Ada juga brand IMBACO. Tapi aku amik ORIMAS lah. 


ORIMAS 1A. Tak banyak review. Tapi aku tengok cikgu baker kesayanga ramai, Azlina Ina pakai oven ni siapkan cookies. 3 4 hari jugak aku pikir masak-masak sambil cari seller yang jual harga murah. Finally jumpa pun!


Hasil ketuk duit encik suami 50% (terima kasih encik suami! nanti saya ganti balik eh duit awak! hahahah) plus aku 50%, dapat la aku membayar secara cash harta karun itu. Lepas tu rasa menyesal gak lah. hahahahha


Seminggu lepas bayar, baru ovennya sampai! Ngam-ngam seminggu sebelum raya haji.





Tara! Kenapa aku beli oven ni? Bukan oven biasa?
1 je sebab dia, boleh bakar up to 8 tray, TANPA PERLU ALIH/PUSING TRAY! Itulah yang saya mahukan!


Ok lepas dah dapat oven ni, aku mulakan la proses menyiapkan order kuih raya. Tapi lepas tu, masalah lain pulakkkkkk. Masalahnya nak memenuhkan terap untuk 1 tray tu ambil masa 30 minit, engkoooo rasa? Pinggang aku tak sakit? hahahha 


Tapi apepun, memang berbaloi invest beli oven ni. Jimat elektrik!

No comments:

COPYRIGHT © 2013 MOOCYJANE - ALL RIGHTS RESERVED