So itu hari masa 28/10/2021 (CD4), dah kena amik darah untuk first stage.
Next step kena buat X-RAY HSG pada CD 9 dan ke atas.
Memandangkan CD9 jatuh pada hari Ahad, so aku buat pada hari Isnin la.
Untuk X-RAY HSG ni aku buat dekat KPJ Damansara sebab situ paling murah kalau under LPPKN.
Dapat appointment pukul 3.00 petang.
Untuk yang taktahu HSG tu untuk apa, boleh google kalau nak tahu lebih details.
Secara ringkasnya, HSG tu nak check keadaan rahim kita & check sekali sama ada fallopian tubes kita tersumbat atau tak.
