So itu hari masa 28/10/2021 (CD4), dah kena amik darah untuk first stage.
Next step kena buat X-RAY HSG pada CD 9 dan ke atas.
Memandangkan CD9 jatuh pada hari Ahad, so aku buat pada hari Isnin la.
Untuk X-RAY HSG ni aku buat dekat KPJ Damansara sebab situ paling murah kalau under LPPKN.
Dapat appointment pukul 3.00 petang.
Untuk yang taktahu HSG tu untuk apa, boleh google kalau nak tahu lebih details.
Secara ringkasnya, HSG tu nak check keadaan rahim kita & check sekali sama ada fallopian tubes kita tersumbat atau tak.
Sebenarnya dari bulan 3 masa first appointment lagi aku dah godek-godek baca review orang pasal buat HSG ni.
Rata-rata cakap sakit. Nervous jugak la nak buatnya tu.
Tapi demi baby, aku overcome jela rasa nervous tu. Buat-buat lupa. aaa gittuw..
So tibalah hari yang dinantikan.
Lepas solat zohor terus gerak preng preng naik motor.
Pasai aku laki bini memang malas nak naik kereta kalau lalu jalan KL. Tak sanggup hadap jem.
Dalam pukul 2.15 macam tu dah sampai area KPJ, p cari makan dulu la.
Tup-tup sampai kedai makan, hujan turun selebat-lebatnya. Alamakkk.
Aku cakap kalau hujan lagi sampai kul 3, kita naik Grab jela. Motor tinggal kejap depan kedai ni.
Tapi alhamdulillah hujan lalu je. Sekejap je.
Settle makan, terus gerak pergi KPJ , dalam 5 minit camtu sampai.
Sebab first time datang, lepas check in mysejahtera, terus ke kaunter pertanyaan betul-betul depan pintu masuk.
Aku tanya macam mana nak pergi bahagian X-RAY.
Ya Allah, staff situ sangat ramah ya.
Penuh kelembutan assist.
Macam ni rupanya layanan Hospital Swasta.
Staff helpdesk pun dah lembut, apatah lagi doktor, nurse yang lain-lain.
Mesti seronok je layanan depa.
Tiba-tiba rasa kalau ada rezeki nak bersalin, nak kat swasta 😂😂😂
Aminnn. Menabung la kalau nak yedok.
Ok sambung.
Kalau dekat KPJ, bahagian X-RAY akan direfer kepada Diagnostic Imaging Service.
Macam biasa, terus ke kaunter, cakap dah booking appointment. Nanti dia tanya dari mana. Kalau & tinggalkan IC untuk pendaftaran.
![]() |
| ni la rupa refer letter tu |
So nanti dia akan panggil nama la untuk masuk bilik X-RAY.
Mungkin masa tu doktor sibuk, dalam 20 minit jugak tunggu nama kena panggil.
Lepas nama kena panggil oleh nurse, sepanjang berjalan nak masuk bilik X-RAY, nurse tanya penah buat Pap Smear tak? Procuder sama macam Pap Smear. Fuhhh. Nasib baik la aku pernah sekali buat Pap Smear. So lega sikit rasa sebab masa aku buat Pap Smear dulu, tak sakit apa pun masuk muncung itik tu.
So lepas masuk bilik tu, nurse akan suruh pergi bilik salin baju untuk pakai jubah yang diorang bagi.
Kena buka apa yang patut ya. 😂
Lepas tu baring atas katil sementara tunggu Dr sampai.
Sementara tunggu Dr tu, nanti nurse akan tanya la beberapa soalan. Macam dah berapa lama kahwin, pernah pregnant / gugur ke tak.
Ade la dalam 15 minit tunggu Dr.
Fuhh nasib baik Dr perempuan! Takde rasa malu sangat huahuahua.
So again, Dr akan tanya soalan yang sama macam nurse tanya tadi dan akan terangkan proses dia lah.
Yang mana prosesnya:
1. Cuci
2. Masuk muncung itik
3. Masukkan dye
4. Pusing kiri pusing kanan untuk ambil gambar
5. Done
Nampak senang bukan?
Haahaha
So here we go.
Masa dia nak masukkan muncung itik tu je sakiit. Bila tang dye tu, tak rasa apa pun.
Post-effect pun takde ape. Cuma part muncung tu je huhuhu 😖😖😖
Lepas settle, boleh baring jap dalam 5 minit, then boleh letak jubah yang kita pakai tu.
Boleh pakai pad kalau takut ada bleeding. So far aku tak de bleeding ape pun. Sakit pun tak. Elok je merempit balik naik motor. Hahahah
Lepas settle tu, nanti tunggu kejap dekat luar untuk amik report. Biasnya kalau buat kat swasta, memang akan dapat report xray tu. Sebab tu la LPPKN mintak buat kat swasta. Sebab kalau kerajaan, diorang takde bagi report xray tu.
Masa amik report, buat bayaran sekali. Memandangkan aku ada refer letter, bayaran cuma RM 270++ sahaja.
Kalau takde refer letter, mahal sikit dalam RM 400-RM700++
Tapi sesampai je kat rumah tu, terus bukak report sebab nak tengok result. Huhuhuh.
Alhamdulillah. Rahim dalam keadaan cantik & tube pun dua-dua ok.
So kita tunggu next appointment CD-21 untuk amik darah kali ke dua!
okbye.






No comments:
Post a Comment