Kata-Kata

Tuesday, January 03, 2023

Mudahnya lidah berkata-kata,
Tanpa memikirkan apa yang akan dirasa.

Aku juga punya jalan hidupku sendiri,
Takperlu engkau menyuruh aku begitu begini.

Apa yang hendak engkau risaukan,
Sedangkan aku yang membuat perancangan?

Jangan kerana kita punya hubungan saudara, 
Engkau memandangku seolah tiada punya apa.

Hidup ini masih jauh perjalanan,
Kita sendiri tidak tahu apa yang ada didepan.

Cukup sekadar menasihati,
Tidak perlu engkau melukakan hati.

LPPKN: HSG X-RAY

Wednesday, November 24, 2021

So itu hari masa 28/10/2021 (CD4), dah kena amik darah untuk first stage.
Next step kena buat X-RAY HSG pada CD 9 dan ke atas.
Memandangkan CD9 jatuh pada hari Ahad, so aku buat pada hari Isnin la.

Untuk X-RAY HSG ni aku buat dekat KPJ Damansara sebab situ paling murah kalau under LPPKN.
Dapat appointment pukul 3.00 petang. 

Untuk yang taktahu HSG tu untuk apa, boleh google kalau nak tahu lebih details.

Secara ringkasnya, HSG tu nak check keadaan rahim kita & check sekali sama ada fallopian tubes kita tersumbat atau tak.

LPPKN: 2nd Appointment - Ambil Darah 1

Tuesday, November 02, 2021

1st Appointment: 23 Mac 2021
2nd Appointment: 28 Oktober 2021.

Todiaaaaaaa. 7 bulan gap HAHAHAH.

Actually, masa 1st appointment tu, ngam-ngam sebelum puasa.
Untuk proceed appointment kedua, aku kena tunggu CD1, baru boleh call untuk booking appointment.
Tapi next month puasa, tak boleh nak proceed sebab nanti batal puasa.

Lepastu konon nak postpone la. Sekali???
PKP laaaa pulakkkkk hahahahha

Punya lama hold, ngam-ngam Selangor masuk PPN Fasa 4, baru lah aku cakap dengan laki aku, nak sambung.

So, untuk booking 2nd appointment ni, kena tunggu CD1, baru boleh call untuk booking.

Lepastu, kena buat 2 booking. Satu untuk booking LPPKN, satu lagi booking XRAY HSG.

LPPKN: 1st Appointment - Consultation

Wednesday, March 24, 2021

Tibalah hari yang dinanti-nanti. 4 bulan menunggu.
Boleh baca step macam mana nak booking appointment kat SINI

5-day before
LPPKN akan call untuk remind appointment lagi 5 hari.
Diorang juga akan remind yang harini last day untuk suami keluarkan sperm 😅

D-day
Appointment pukul 9. 
Seawal jam 8 pagi dah gerak merempit ya. Sebab malas nak naik kereta menghadap jem. 😸
Jangan lupa bawa IC ori & sijil / kad nikah.
Aku p bawak sijil besar kedabak tu. Rupanya boleh je guna kad nikah 😅

So sesampai je dekat LPPKN Jalan Raja Laut, macam biasa musim covid kan,
scan mysejahtera, amik suhu.
Lepas tu pergi dekat kaunter daftar, cakap nak pergi ke tingkat 6 (Klinik Subfertiliti)
Nanti dia akan bagi pass lah.

COPYRIGHT © 2013 MOOCYJANE - ALL RIGHTS RESERVED