Tibalah hari yang dinanti-nanti. 4 bulan menunggu.
Boleh baca step macam mana nak booking appointment kat SINI
5-day before
LPPKN akan call untuk remind appointment lagi 5 hari.
Diorang juga akan remind yang harini last day untuk suami keluarkan sperm 😅
D-day
Appointment pukul 9.
Seawal jam 8 pagi dah gerak merempit ya. Sebab malas nak naik kereta menghadap jem. 😸
Jangan lupa bawa IC ori & sijil / kad nikah.
Aku p bawak sijil besar kedabak tu. Rupanya boleh je guna kad nikah 😅
So sesampai je dekat LPPKN Jalan Raja Laut, macam biasa musim covid kan,
scan mysejahtera, amik suhu.
Lepas tu pergi dekat kaunter daftar, cakap nak pergi ke tingkat 6 (Klinik Subfertiliti)
Nanti dia akan bagi pass lah.
Sampai tingkat 6, scan mysejahtera lagi & check suhu.
Lepas tu nanti nurse akan suruh keluarakan ic suami isteri & kad nikah.
Diorang akan double confirmkan certain maklumat macam nombor telefon, alamat, jenis darah, pernah mengandung/gugur x. And jenis darah plak, kena tahu +/-.
Aku ngan laki aku xpasti sebab masa derma darah, dia cuma bagitau darah jenis A je.
Takde lak bagitau + ke -.
So nanti kena buat balik ujian darah untuk tahu +/- tuu.
Lepas dah register tu, nurse terus bagi arahan dekat encik suami ya. Arahan apa?
Arahan untuk keluarkan sperm. Nervous laki aku sampai takde mood yang hahahah.
So encik suami kena naik tingkat 7 untuk keluarkan sperm.
Sementara si isteri tak boleh ikut ya. Kena tunggu kat tingkat 6 😄
So laki aku pun p lah tingkat 7. Tak lama lepas tu masa aku tengah duduk-duduk tu, nurse panggil aku untuk interview.
Dah la semua pakai mask, bila nama kena panggil, taktau nurse yang mana satu yang panggil hahahha
Pening kejap terpusing-pusing cari.
So masa interview, nurse akan tanya soalan-soalan peribadi & sejarah penyakit keluarga.
Tolong ingat ya. Jangan jadi macam aku, keliru mak aku sakit apa sama ada kencing manis / darah tinggi 😂 Sebab aku keliru dengan MIL aku. 😂
Lepas tu nurse tanya pernah amik rubella tak, aku macam eh rubella yang mana eh, yang masa sekolah tu ke. HPV tu ke? Amende HPV. Rubella masa tingkatan 3 lah. 😂
HPV yang kanser cervix tu yang kena amik 3x tu.
So aku just cakap aku xde skip mana-mana vaccine masa sekolah. Haa senang!
Balik rumah baru ingat, masa darjah 6, BCG.
Masa tingkatan 3 , Rubella.
So lepas dah settle interview part aku, tunggu laki aku lak.
Lama pulak dia ni kat tingkat 7 tak turun-turun. 😐
Lepas laki aku dah settle tingkat 7, dia plak kena interview sama macam aku tadi.
Lepas tu alamakkkkkk, laki aku boleh sangkut plak BP tinggi sangat.
Dah Dr keluarkan surat untuk follow up checkup dengan klinik kesiahatan dekat rumah.
Macam-macam.
Lepas settle interview, nurse akan panggil balik untuk terangkan next step.
So masa ni aku ingat diorang akan proceed dengan ujian darah. Tapi aku rasa sebab aku dah terlepas hari, aku kena tunggu next period cycle untuk proceed ujian darah & HSG.
Memandangkan next month dah puasa, so aku xboleh buat HSG sebab membatalkan puasa, kena tunggu raya nanti baru boleh..
So itu sajoo lah untuk first appointment ni.
Untuk Semen Analysis (Ujian Air Mani), Result akan keluar tengahri nanti. So diorang akan call semula untuk bagitau sperm normal ke tak. If normal, alhamdulillah boleh proceed untuk step ujian darah & HSG. If tak normal, aku kena hold dulu ujian darah & HSG, sebab diorang kena settlekan dulu part sperm tadi. Haa cenggitu lah.
Laki aku sangat nervous ya tunggu result.
Huhu
No comments:
Post a Comment