Ujian

Sunday, July 17, 2016

Tuhan,
berikan aku kekuatan diatas ujian yang engkau berikan.
Aku insan yang lemah,
yang selalu leka dengan permainan duniawi.

Tuhan.
Berikan aku kekuatan, untuk meneruskan kehidupan.
Aku insan kerdil,
yang kadangkala lupa dengan apa yang Engkau pesan keatas umatmu.

Persediaan Sebelum Majlis Tunang

Wednesday, July 13, 2016

Hari ni 13 haribulan, hari yang ke 46 aku menjadi tunangan orang, hahaha.
Lambat lagi wehhh majlis. Tapi takut juagk pun ade.
Yelaah, pilih pasangan ni bukan macam pilik sayur kat pasar.
Hemmm.
Nak tunang ni, banyak persediaan yang kena buat, walaupun persediaanya tak seberat hang nak kawin, tapi jangan la cincai buncai jeeee. Bak kate orang, tunang koboi (macam kawin koboi gittuw.

SATU:
nak tunang ni, bincang laa dulu dengan pasangan hangpa, betuil ke nak tunang.
Bukan main paksa-paksa tau. Kalau paksa-paksa, lain jadinya nanti.

Review Majlis Tunang 28 May 2016

Thursday, June 16, 2016

Fuh bila citer pasal majlis tunang tu hari,
kemain laju aku buat entri yekk. hehe
Untuk pengetahuan semua, 100% majlis tunang tu hari dibuat sendiri dari segi pelamin, hantaran, masak, goodies baju shawl.
Tapi bukan aku la yang buat semua. Dibantu oleh akak-akak aku yang serba boleh.
hhihih kalau aku yang buat sendiri semua, mau tak sempat.
Dah la duduk KL, majlis dekat Johor, dan time tu aku tengah praktikal.
huhu dah gatai sangat nak kawin hahaha


Ok jom kite review satu-satu.

Engagement Day | 28 May 2016

Monday, June 13, 2016


Alhamdulillah. 28 May 2016 aku selamat menjadi tunangan orang.
Dah bape minggu dah baru nak tulis entri. hihi
Sebenarnya dalam kepala otak ni banyak benda nak tulis,
tapi bila dah menaip, lain pulak yang ditulis.
Dan aku selalunya memang lah begitu

Alhamdulillah, apa yang dirancang berjalan dengan lancar.
Walaupun ada sedikit ketidakpuashati, sedikit kecelaruan.
Biasalah kalau nak buat sesuatu majlis kan, ada je benda tak kena. ITU BIASA ok.
Jangan nak menggelabah sangat.


By the way, majlis tunang aku tu hari berlangsung pada hari sabtu, jam 3.30 petang.
Yep mula-mula nak buat betul-betul lepas zohor dalam kul 2 gitu.
Tapi memandangkan pihak lelaki rumahnya tak sampai 20KM pun dari rumah mak,
so pihak lelaki decide untuk buat majlis doa selamat ringkas dulu kat rumah diorang lepas zohor tu, baru gerak ke rumah pihak perempuan. Thats why majlis start lambat sikit. hihi.

So, jom aku tayang serba sedikit gambar sekitar majlis.




oke la oke la. Cukup ler tu tayang gambar tunang.
nanti-nanti kalau rajin aku buat sambungan.

review untuk majlis tunang? hantaran? goodies? baju? hihi akan menyusul dikemudian hari.
Semua DIY. tapi bukan aku sorang la. dibantu oleh kakak-kakak ku yang serba boleh!
oke itu kite citer nanti . baibai uols.

2 hari lagi - Engagement Day

Thursday, May 26, 2016

Pejam celik pejam celik,
lagi dua hari majlis pertunangan aku.
Persiapan? Hahaha macam nak gelak. 
Hantaran tak siap gubah lagi sebenornye.
Maklumlah aku ni bukan pandai menggubah,
dalam otak cuma pikir, "nak sonang, lipat sajoh"

Sekarang ni pun masih dekat office
*ouh ya aku tengah praktikal, nak buat entri pasal praktikal pun tak sempat hihi*
Balik nanti baru nak balik Johor,

Letih

Wednesday, March 23, 2016

Dah lama rasanya aku tidak menulis tentang kehidupan.
Mungkin terlalu sibuk.
Atau terlalu malas.
Atau terlalu tidak ambil kisah lagi?

Entah.
Mungkin juga aku sudah tidak mahu ambil kisah lagi.
Tapi bagaimana aku tidak ambil kisah?
Sedangkan ianya sentiasa ada disekeliling aku.
Aku cuba mengelak. Payah.

Tunang: Baju Tunang di Jalan TAR!

Monday, February 08, 2016

Now nak cerita pasal baju pulak :)
Post ni mungkin agak pendek. Sebab dah beberapa minggu aku stop berblogging. So ke'eksaited'dan tu kureng sikikkkk. hehe
Imma busy girl you know, kerja melambak. balik opis tidoooo . xde bukak laptop dah T.T

Lepas beli cincin, aku ngan Faizul pusing-pusing dekat Jalan Tar sebab nak cari baju tunang.
Mak cakap baju tunang xyah mahal-mahal.
Penat pusing-pusing Jalan Tar tu wehhh T.T
Ada jumpa baju cantik. Tapi harga, mak aihh 200++ aku budget baju + veil rm150 je.

So untuk baju rm100 lah.

Tesis :)

Tuesday, January 26, 2016


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Syukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dan izinNya, yang telah memberikan saya kesihatan yang baik, kesabaran yang tinggi dan semangat juang yang berterusan untuk saya menyiapkan kertas ilmiah ini.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada En Mohd Dzul Azzwan Bin Mohd Nor selaku penyelia utama saya yang dibantu oleh Encik Mohd Hafizuddin Syah Bangaan Abdullah. Terima kasih diucapkan atas segala ilmu, bimbingan, teguran dan nasihat yang begitu berguna sepanjang menyiapkan kajian ini. Tanpa semua itu, penulisan kertas ilmiah ini mungkin tidak dapat disempurnakan dengan jayanya. Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada Dr Rubayah Binti Yakob yang telah mengajar saya kursus penyelidikan perniagaan sebelum saya memulakan penulisan

Tunang: Cari Cincin Tunang & Risik!

Sunday, January 17, 2016

Part ni nak citer pasal beli cincin.
Sebelum cakap dengan mak pasal tunang ni, aku dah buat budget dulu dah berapa kos nak kena keluar.

So untuk cincin tunang, aku letak budget RM350 je.
Murah okay aku mintak. taknak mahal2.
Tapi si faizul ni pulak tu hari dia dok cakap cari cincin tunang yang ada batu, range harga RM500-600.
Lepas tu cincin risik cari yang 1-2gram.

Cincin risik? weyyyy aku tak mintak cincin risik weyy.

Mak! Saya nak tunang :)

Sunday, January 10, 2016

Sejak kebelakangan ni, Faizul macam ada sense nak bincang pasal next step ni.
Yela memandangkan aku pun dah nak habis belajar, sebab awal-awal dulu dia selalu cakap 'tunggu habis belajar dulu'.
Berbaloi la gak 3 tahun aku tunggu.
hahaha Masa minggu study week tu hari aku ada balik dalam 4 hari.
Sebab hari khamis (24hb Dis) tu cuti maulud kan.
Lagipun aku pikir bila lagi dapat balik sebab lepas exam aku terus start intern.
Hmmmm syok betui tengok kengkawan cuti berjoli joli. hahaha Masa balik umah mak tu, hari jumaat tu (25hb) aku bawak mak pergi tiram, pergi uma makcik, ada majlis kahwin.
Balik tu, malam tu borak-borak dengan mak. Mase tu pakcik belum balik lagi.
COPYRIGHT © 2013 MOOCYJANE - ALL RIGHTS RESERVED