Ujian

Sunday, July 17, 2016

Tuhan,
berikan aku kekuatan diatas ujian yang engkau berikan.
Aku insan yang lemah,
yang selalu leka dengan permainan duniawi.

Tuhan.
Berikan aku kekuatan, untuk meneruskan kehidupan.
Aku insan kerdil,
yang kadangkala lupa dengan apa yang Engkau pesan keatas umatmu.


Aku percaya,
Setiap ujian yang engkau berikan keatas umatmu,
pasti ada hikmahnya.


HambaMu ini,
kadangkala lupa, dirinya sedang diuji.

HambaMu ini,
kadangkala leka, godaan syaitan duniawi.

Berikan aku petunjukMu.
Aku tahu Kau menguji umatMu kerana dia mampu.

No comments:

COPYRIGHT © 2013 MOOCYJANE - ALL RIGHTS RESERVED