Hiiii.
Tetiba rasa macam nak buat brownies pulak. Bahan lama dah beli tapi tak terbuat-buat. heheh sikap M kadang-kadang kacau . Itu hari (lama dah sebenarnya) nampak kawan i tweet yang dia buat brownies.
So i mintak lah resepi mana yang dia guna. And then dia bagi resepi dekat sini:
Bagus blog ni. Siap bagi tips!
Actually, since this is my first trial doing this brownies, so i buat separuh adunan je. semua sukatan i bahagi dua.
Bahan-bahan400 gm Dark coklat Couverture atau coklat Compound, ( i pakai coklat masakan jenama meriah je beli kat econsave hehehe )150 gm mentega ( i guna buttercup )170 gm gula perang4 biji telur saiz A1 sudu kecil esen vanilla100 gm tepung naik sendiri, i pakai Blue Key30 gm serbuk koko, ( Jenama apa i tak ingat, tapi beli dekat econsave jugak)Secubit garam kasar
Cara penyediaan
1. Panaskan oven pada suhu 160C
2. Cairkan butterdan garam kasar menggunakan double boiler atau microwave. Kacau rata.
Kemudian, Coklat dipotong halus dan cairkan mengunakan kaedah double boiler atau microwave. Kacau rata.
Note : Boleh je cairkan coklat dan butter sekali menggunakan double boiler atau microwave
3. Tepung digaul bersama serbuk koko dan diayak.
4. Satukan telur, butter cair, gula castor dan gula perang dalam mangkuk besar. Masukkan esen vanila. Mengunakan senduk kayu atau sudu, kacau sehingga sebati semua bahan.
5. Masukkan tepung diselang seli dengan coklat. Simpan sedikit coklat untuk dimasukkan akhir sekali. Kacau rata adunan.
6. Akhir sekali masukkan baki coklat cair dan kacau kaup 3-4 kali menggunakan sudu.
7. Masukkan adunan dalam loyang 10 x 10 inchi. Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan tadi.
8. Masak selama 30-40 minit. Oven saya memerlukan 40 minit untuk bakar. Tahap panas oven ni lain lain, jadi kena selalu tengok kalau anda tak pasti oven anda bagaimana. Make sure tak terlebih bakar.
Cara nak pastikan brownies tak terlebih bakar ialah dengan menggunakan cake tester yang dicucuk pada kek. Sekiranya brownies belum masak, bilah tester akan dilumuri dengan adunan kek. Jika sudah cukup-cukup masak, sedikit gumpalan kek akan lekat di bilah tester. Boleh terus tutup suis oven.
9. Biar sekejap brownies dalam oven yang direnggangkan pintunya dalam 10-15 minit.
10. Sejukkan brownies pada suhu bilik selama beberapa jam sebelum dipotong.
Jangan sesekali masukkan dalam peti sejuk kerana ini akan menjadikan brownies keras.
Brownies tahan 4 hari tanpa peti sejuk.
Jika perlu masuk peti sejuk juga, bila hendak makan, bolehla reheat sekejap dalam oven atau microwave untuk melembutkan coklatnya.
Actually, dia punya step kan kena ciarkan butter dulu baru coklat kan. Tapi resepi ni ada cakap boleh campurkan dua-dua.
So nak senang, i campurkan dua-dua.
Tapi bila step 4: satukan telur, butter & gula tu kan, ah sudahh. Macam mana ni? sebab dekat step 5 suruh simpan sikit untuk akhir nanti. i dah macam aduh aduh sayang gituu.
So then i hantamm sajaaa laaa. Masukkan coklat&butter separuh. Then simpan separuh untuk step 6. Hehehe.
Lepas tu masuk dalam loyang then kita bakar laa dia. i bakar dalam 30 minit gitu.
Wahhhh naik betul adunan diaaa (mungkin sebab pakai tepung naik sendiri tu kan)
Then bila dah 30 minit, i cucuk pakai lidi, still ada melekat coklat lagi.
So i tambah lagi 8 minit. 5 minit lepas tu i tengok balik, adunan nya jadi mendakkkkkk. So i tak tahu lah jadi ke tak. Hahahah.
Takpe. Nama pun first time kannnn.
So inilah hasilnyaaaa.! buruk benooo nguperrr. Abaikan kertas minyak yang comot ituuuu.
Sebelum
Selepas
Setelah dirasa, kurang rasa browniesnya, lebih kepada rasa kek coklat hahahah.
Makan panas-panas gini sedap lerrr. Sudahnya siapa nak menghabiskan banyak-banyak ni?


No comments:
Post a Comment