So my first appointment for the braces installation was on 1st February 2017.
Since hari tu merupakan public holiday (Cuti Wilayah), so why not la kan aku set appointment. Bukan senang woo nak cuti bila dah kerja.
Ouh ya. Aku lupa nak bagi details klinik. Kot-kot la ada orang nak survey jugak kan.
Klinik Pergigian dan Surgeri Aina
Alhamdulillah sepanjang aku berurusan dengan klinik ni, tak pernah pun diorang tak angkat call. Walaupun kadang-kadang diorang lambat angkat call, mungkin masa tu ramai customer.
Sebab kadang-kadang bila aku pergi klinik, dekat depan takda orang sebab depa sibuk kat belakang.
Tapi kita as pelanggan kena la paham. Jangan dok bash. Kalau nak orang layan ko terus depan mata, bila ko sampai sila amik personal doctor la kalau macam tu (ada ke personal orthodontics?)
Ouh ya. Salah satu sebab kenapa pilih Klinik ni ialah sebab jarak yang dekat! hahaha tak sangkaa. Kenapa kalau boleh cari klinik yang dekat?
Sebab bila lepas kau jumpa doctor (for monthly appointment), kau akan rasa sakit .
Ada orang boleh tahan. Ada orang tak. So kalau kau amik klinik yang jauh, memang mendapat la kau tahan sakit dambil drive. Melain kan ada orang yang drivekan kau kesana kemari.
Lagi satuu kalau klinik dekat, kan jimat minyak? haaa tak gittewww.
So my first appointment jam 10.30 pagi.
Aku sampai 15 minit awal. Sampai-sampai terus tulis nama untuk kehadiran.
Tunggu la giliran nama kena panggil.
My expectation for the first appointment is terus pasang. but tidak sama sekali okay.
Masuk je bilik tu, doktor cuma check keadaan gigi macam mana. Sesuai ke tak. berapa batang gigi kena cabut. bayaran and so on.
So aku kena cabut 4 batang gigi.
EMPATTTTTT okay.
1 atas kiri. 1 atas kanan. 1 bawah kiri. 1 bawah kanan.
Masa ni aku macam hemmmmm tiba-tiba rasa menyesal hahaha.
Sambil doktor check gigi, doktor bagitau sekali kadar bayaran RM 3800, cabut gigi sebatang rm 50. Cuci/ Scalling gigi RM 70-120. Deposit nanti RM 1200-1500.
Lepas doktor dah terangkan & check. Doktor suruh pergi kaunter depan untuk set next appointment. So far tu je untuk first appointment.
Ingatkan first appointment terus pasang huhuhu. So kita tengok apa jadi dekat next appointment okay!
S M
No comments:
Post a Comment