Pendrive kena Shortcut Virus

Sunday, August 20, 2017

Siapa je yang tak pernah dia punya pendrive kena shortcut virus?
Lagi-lagi masa belajar. So sini aku ada cara macam mana nak fixkan shortcut virus.
Aku dapat tips ni dari lecturer Aplikasi Komputer aku masa kau first year.
Best jadi student dia sebab macam-macam tips pasal IT kau belajar.
5 sem aku dekat UKM (xtermasuk 1 sem untuk LI), setiap sem aku ada kelas dengan dia hahahah.

Ok jom tengok camne nak buat:

1. Cucuk USB/ Pendrive yang kena shortcut virus tu dekat PC/ Laptop yang befungsi ye.
Kang cucuk kat PC/ Laptop tak berfungsi, aku jotos kepala kang.

2. Pergi dekat 'Start', type 'Run', type 'CMD' dan tekan enter. Dia akan keluar box ni.


3. Dalam box tu. sila type:
HURUF DEVICE yang kena virus tu, macam aku contohnya aku punya external hardsik huruf G
So type G then tekan Enter. Dia akan keluar G:/

4. Lepas tu type
attrib -s -h /s /d *.*
sila pastikan ada space untuk setiap element coding ni ye..

Lepas tu tekan enter. Then tunggu beberapa saat.

Dannn tadaaaaaaa. Virus shortcut telah disyuhhhkan.

So boleh la guna pendrive anda macam biasa.

Selamat mencuba!

No comments:

COPYRIGHT © 2013 MOOCYJANE - ALL RIGHTS RESERVED