Hello, im back.
Sorry for delay update post about braces.
Because im little bit busy for my wedding review and preparation. hehe
So my second braces appointment was on 16 February 2017, 2 weeks after the first one.
2nd appointment ni baru la Doc akan pasang braces, akan kena bayar deposit juga ya.
So untuk deposit, aku bayar RM 1,200 je.
So sampai klinik tu macam biasa la tulis nama dulu kan then tunggu la nama kena panggil.
Bila nama kena panggil je, masuk aku masuk bilik no 3 (dia ada 3 bilik je) then akan baring atas kerusi dia..
Masa ni pembantu dia dah ready dah kat situ.
Step 1:
Dental Mold (Acuan Gigi)
Assistant dia akan amik acuan gigi kita.
Acuan gigi dia macam ni haa
![]() |
| Sumber: Google |
Yang dia rasa dia macam simen. hahahha. Bila dia letak Mold ni dalam mulut, kita kena gigit kuat2 bagi acuan gigi tu jadi dengan betul..
Acuan gigi ni untuk Doc kaji struktur gigi kita macam mana, kalau kena cabut gigi, gigi, gigi mane yang nak kena cabut.
![]() |
| Ni lah acuan gigi aku.. |
Step 2:
Scalling gigi.
Gigi kena scalling sebab sebelum pasang braces.
Ada orang tak suka scalling. Aku pulak suke benorr scalling.
Dulu masa belajar setiap sem mesti pergi scalling.
Almaklumlah free kan. hehe
Benda free ni kite kena manfaatkan seelok2nya. Tak gituuww?
1 je part scalling ni bila dia korek2 tu haaa. terkejut la jugak kekadang.
And lagi 1 bila air tu dah sampai ke tekak, rasa nak muntah la pulak hahahah sib baik dapat cover.
Step 3:
Lepas dah scalling. Baru lah Doc pasang braces. Tapi sebelum pasang tu ade la beberapa process dia lagi, aku x ingat dah ape dia buat mase tu..
So nanti kita akan pakai begini ye bagi memudahkan Doc pasang braces
![]() |
| Sumber: Google |
Lepas dia siap pasang je braces, aku ingat dia pasang semua dah. Rupanya dia pasang yg macam dalam gambar ni je yang A, B , & C sahaja. yg metal band tu dia x pasang lagi

So tadaaaaa....
Warna pink gittuw. Entah kenapa pilih warna pink pun taktahu huhuhu
Nak tengok sebelum pakai braces?
![]() |
| Senyum nampak gigi biase2 je |
![]() |
| Sekaliiiiii.. Tadaaaaa hahaha |
Nampak tak betapa berteraburnya gigi aku. Thats why aku jarang sangat senyum nampak gigi.
Bila amik gambar tu mestu senyum kemam (sir selalu cakap macam ni) hahaha
Salah satu sebab nak pakai braces, aku malu nak berdepan dengan orang. Rasa macam bila kita bercakap dengan orang, orang akan tengok gigi kita dulu. Tak gituw?
Satu lagi sebab abang aku sukaaaa ejek aku gigi arnab huhuhuu
So sambil2 tu masa tengah pasang tu. Doc siap pesan awal2,
Lepas ni kalau nak makan, awak jangan la asik makan bubur je
So lepas da siap pakai braces tu, kena tunggu kat luar dulu. Nanti assistant dia akan panggil kat kaunter depan.
Bila nama kena panggil, masa ni kita akan kena bayar deposit, dia akan bagi ubat tahan sakit, wax and akan set untuk next appointment.
Ouh ya. aku ada mention dekat first appointment yang gigi aku kena cabut 4 batang kan.
Dekat klinik ni, dia tak cabut terus. After sebulan pakai dia akan cabut 2 batang pertama, dan lepas 2 minggu, akan cabut lagi 2 batang..
So aku kena cabut 2 batang la untuk next appointment.
Lepas je pasang braces, memang dalam mulut macam ade benda asing rasa dia.
Tapi so far okay je untuk 3 4 hari tu aku tak rase sakit. Malam lepas aku pasang braces tu siap aku p makan mee tarik lagi lepas tu mee terjuntai2 sangkut kat braces. Dahh nak bersihkan tak geti hahahaha.
Marilah aku belanja beberapa keping gambar untuk bulan pertama ni heheheh








No comments:
Post a Comment