LPPKN: Booking Appointment

Wednesday, November 25, 2020

Pejam celik pejam celik, dah 3 tahun aku kahwin. 
Tapi belum ada rezeki anak.
Susah ya nak istiqomah & konsisten sepanjang TTC ni. 
Aku pulak jenis cepat mengalah. huhuhu

Aku dah try pakai OPK (check waktu kesuburan guna test strips), 3-4 bulan jugak try tapi tak jadi.
Aku dah try BBT (rekod suhu badan setiap kali bangun tidur), ini selalu aku terbabas. 

Yela kejap bangun lambat, kejap bangun cepat. Kejap-kejap terlupa nak rekod. Pagi-pagi bangun ingat ape jekan hahah terus amik tuala nak mandi nak solat. Takdenye bangun main HP dulu ke ape ke. 
Aku dah try minum air buah zuriat, ini pun sama. Tak konsisten. Pagi ok la ingat nak minum sebab sebelum laki aku g kerja, memang buatkan air untuk dia. Tang malam tu ya allah ade je terbabas. Aku plak jenis senang tertido kalau tengah tengok tv kan depan. Bila dah tertidur ni, kalau laki aku kejut tu memang aku nonong je masuk bilik terus tidur hahahah.

Tambah gadjet, Convection Oven Orimas 1A

Saturday, August 15, 2020

Sejak berkecimpung dalam bidang baking, kat rumah ni rasa dah penuh harta karun.
Bila nak pindah nanti, aku taktahu la lori 1 tan muat ke tak hahaha.

Masa raya puasa tu hari, buat pertama kali aku open order kuih raya dekat public.
Selalunya, aku open dekat close contact je. 

Berbekalkan sebiji oven 25L & 52L, aku ambil masa seminggu menyiapkan 100 balang kuih raya 😭
Dari jam 9 pagi sampai ke 12 malam. Ada la 2 3 hari aku tidur pukul 3 4 pagi. Laki aku pun bising jugaklah tidur lambat sebab dia tahu bini dia ni senang kena migrain kalau tak cukup tidur. Lepas tu aku pulak sikit-sikit mengadu kat dia, sakit pinggang nak menyiapkan bakar kuih tu haha.

Dek kerana kepenatan siapkan order kuih raya puasa, aku ambik keputusan untuk tambah gajet demi kesenangan aku dimasa akan datang. Lagi-lagi bila ada customer yang nak repeat order untuk raya haji.


So alang-alang tu, aku open la terus order untuk raya haji. Almaklum lah, dah boleh rentas negeri, mesti ramai yang nak balik kampung, bawak kuih raya kan. 


COPYRIGHT © 2013 MOOCYJANE - ALL RIGHTS RESERVED