Pejam celik pejam celik, dah 3 tahun aku kahwin.
Tapi belum ada rezeki anak.
Susah ya nak istiqomah & konsisten sepanjang TTC ni.
Aku pulak jenis cepat mengalah. huhuhu
Aku dah try pakai OPK (check waktu kesuburan guna test strips), 3-4 bulan jugak try tapi tak jadi.
Aku dah try BBT (rekod suhu badan setiap kali bangun tidur), ini selalu aku terbabas.
Yela kejap bangun lambat, kejap bangun cepat. Kejap-kejap terlupa nak rekod. Pagi-pagi bangun ingat ape jekan hahah terus amik tuala nak mandi nak solat. Takdenye bangun main HP dulu ke ape ke.
Aku dah try minum air buah zuriat, ini pun sama. Tak konsisten. Pagi ok la ingat nak minum sebab sebelum laki aku g kerja, memang buatkan air untuk dia. Tang malam tu ya allah ade je terbabas. Aku plak jenis senang tertido kalau tengah tengok tv kan depan. Bila dah tertidur ni, kalau laki aku kejut tu memang aku nonong je masuk bilik terus tidur hahahah.
Macam mana la orang boleh konsisten tak pernah miss setiap hari sedangkan aku ni susah betul nk konsisten, nak ingat. Mesti ada je terlupa.
Hmmm itu hari balik kampung, mak mertua ada jugak tanya takde buat rawatan apa-apa ke. Aku cakap belum lagi sebab Faizul busy dengan projek baru kerja dia tu.
So sekarang macam dah reda sikit busynye tu, kahwin pun dah lebih 3 tahun dah. So aku decide nak all LPPKN untuk rawatan kesuburan.
Aku duduk Kajang, 2 tahun lepas aku ada tanya Klinik LPPKN kat Jalan Reko tu macam mana nak buat rawatan kesuburan. Rupanya semua rawatan kesuburan kena buat dekat HQ which is kalau aku, dekat KL lah kan. Aku ingat depa boleh buat dekat klinik je.
So harini 24/11/2020 (tengok betapa lama tempoh 2 tahun tu untuk aku betul-betul book appt hahaaha) aku baru je call LPPKN untuk book appointment.
First of all, aku nak bagitau siap-siap, before call untuk booking, better korang sign up dulu akaun dekat website LPPKN.
Meh sini aku tunjukkan stepnya:
1. Pergi website LPPKN (https://www.lppkn.gov.my/)
2. Klik Orang Awam, kemudian klik Perkhidmatan Klinikal Subfertiliti LPPKN
3.Lepas tu dia akan keluar proses & bayaran yang akan dikenakan. Skrol kebawah sikit akan ada hyperlink untuk daftar, klik hyperlink tu.
4. Klik Sign Up
Dan untuk bahagian SPOUSE INFORMATION, isi maklumat SUAMI.
Kemudian tekan submit.
6. Kemudian baru lah call LPPKN untuk set appointment.
Masa call untuk set appointment tu, staff akan explain proses & bayaran.
Aku dapat first appointment pada 23/03/2021 nanti.
So untuk first appointment, aku akan update later okay! :)
Tak sabar sebenarnya nak tunggu bulan 3 :)




No comments:
Post a Comment